Followers

Sunday, August 10, 2008

Projek Serai Kawan


Ari ner aku turun tapak projek sbb dijangka anak benih akan sampai ari ner... masa aku sampai kat kebun, pok chu dah ader tunggu... aku keluarkan tali untuk buat ukuran baris untuk tanam anak benih serai... dalam kul 11.00am aku kul tokey serai dan tanya kul brape serai akan sampai... tapi malang skali aku dimaklumkan benih tak leh sampai ari ner kerana lori tak dok... aku dijanjikan benih akan sampai esok tengah hari... so kena tgu esok ler gamaknya... masalahnya esok aku kena gi kursus wajib plak... ner yg aku tak sedap ner... nampak nyak pok chu kena handle esok pg... tak tahu ler aper nak jadi esok... arap2 bleh cabut skejap...

masa balik aku singgah kat Kg Sengget kerana dimaklumkan ader orang yg dah tanam ... masa aku amik gambo kebun dia, tetiba tuan kebun datang plak... so dapatlahh aku berkenalan dengan tuan kebun... nama dia En Sabri ... dok kat Taman Gudang Rasau dan keja kat Pekan.. tanah dia berkeluasan 2 suku ekar dan sudah ditanam dengan anak serai dalam sebulan yang lalu... aku tgk anak serai dia ajer aku dah envy giler... best giler tengok pokok serai dia... dalam maa 5 bulan lagi Insya-Allah boleh dituai dan makan hasil... tapi dia plan dalam masa 3 bulan dia akan buat sulaman dengan menanam anak benih serai di antara baris... ini bermakna dia akan tuai pokok serai setaip 3 bulan sekali.... peh!! keadah ini sudah bagus... aku akan cuba praktikan nanti...

No comments: