KOPEDIK - Tanaman Serai

extracted form www.kopedik.com.my

Kopedik merupakan sebuah koperasi yang berpusat di Kelantan aktif mempelbagaikan cabang perniagaan dengan menceburi bidang pertaniaan terutama tanaman serai secara kontrak.

KOPEDIK kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mengusahakan tanaman serai secara ’contract farming’. ’Contract Farming’ di sini bermaksud pengusaha tidak perlu menjual serai yang dihasilkan sebaliknya ia akan dibeli oleh KOPEDIK sepenuhnya.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1- Berdaftar sebagai ahli KOPEDIK dengan bayaran sebanyak RM99.00 (banyak kelebihan)
2- Menyediakan tanah tidak kurang dari 5 ekar
3- Menyediakan modal RM3,000 bagi setiap ekar untuk anak benih dan baja
4- Bersetuju menjual kepada KOPEDIK dengan harga RM0.70 sekilo
5- Bersetuju memeterai perjanjian kontrak belian balik
6- Bersetuju menerima lawatan dan pemantauan dari wakil KOPEDIK ke ladang yang diusahakan

KAEDAH PENANAMAN
1 ekar tanah bersamaan dengan 43,560 kaki persegi
Sistem penanaman seperti berikut :
Jarak tanaman 4’x3’ = 12 kaki persegi
Sistem ini boleh menghasilkan 3,600 lubang bagi 1 ekar.
1 batang serai tanaman hasilkan 45-50 batang
4 batang serai tanaman hasilkan 180 – 200 batang.
Dari itu, kami mengesyorkan tanaman serai sebanyak 6 batang setiap lubang untuk membolehkan dana yang lumayan mengikut kiraan yang sudah ditanam sebelum ini.

ANGGARAN KEUNTUNGAN
Keuntungan yang bakal diperolehi dikira berdasarkan kepada keluasan ladang :
Keluasan Keuntungan Modal Keuntungan
Tanah Kasar (RM) (RM) Bersih (RM) *
1 ekar 14,00 3,000 11,000
5 ekar 70,000 15,000 55,000
8 ekar 112,000 24,000 88,000
10 ekar 140,000 30,000 110,000
* Keuntungan bersih dikira selepas jualan ditolak dengan modal benih & baja sahaja.*Anggaran Hasil /ekar ialah 20 tan x RM0.70 = RM14,000

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli