Syarikat Kontrak

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidamatan Kontrak Farming Tanaman Serai di malaysia ini. Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini adalah :

1 Rumpun Biotek Sdn Bhd
No 5, Jalan PJU 10/6
Desa Riang, Damansara Damai
47830 Petaling Jaya
(di kawasan Pantai Barat)
http://www.rumpunbiotek.com.my
03-6140 6557

2 Moja Ventures Sdn Bhd
No. 2233, Taman Kastam Geliga,
Geliga Besar 24000 Kemaman
(di Kawasan Pantai Timur)
09-8681650

Walaubagaimanapun, pemilihan syarikat hendaklah dilakukan secara teliti spt berikut;
1 Prestasi Syarikat - Seharusnya syarikat berpotensi untuk menjalankan segala urusan perniagaan dengan cekap dan pantas. mempunyai segala sumber yang mencukupi spt kewangan, material, kepakaran dan sebagainya.

2 Lokasi syarikat - seboleh-bolehnya dekat bagi memudahkan segala urusan penghantaran input baja & benih, pembelian hasil, pemantauan aktiviti, pengkongsian kepakaran dan sebagainya.

3 Harga Belian - Syarikat yang menawarkan harga belian balik hasil yang tinggi adalah diberikan keutamaanya. Kebiasaanya syarikat kontrak akan menawarkan harga pembelian RM0.70 sekilo.

4 Kontrak Secara terus - terdapat juga koperasi yang menjalankan usahasama dengan syarikat2 ini untuk menjalankan projek ini. Ahli akan mengikat kontrak dgn koperasi dan koperasi akan membuat agreement back-to-back dgn syarikat yg menawarkan kontrak. Kebiasaanya Koperasi akan membeli balik hasil dgn harga tertentu dan menjualnya semula kepada syarikat. oleh yg demikian, harga yang ditawarkan lebih murah daripada harga pasaran.

Kedua-dua syarikat di atas merupakan syarikat affiliate. Perkongsian zon memudahkan mereka menguruskan rutin harian dengan berkesan. Mereka juga mempunyai syarikat lain yang khusus beroperasi di Kawasan Utara tetapi saya terlupa Nama syarikat tersebut. Sila hubungi syarikat di atas untuk mengetahui syarikat tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli