Fasa Kedua Proses Penanaman

Sekarang Projek sudah masuk fasa kedua iaitu persediaan tapak sebelum anak benih dibawa masuk dan ditanam. Fasa Pertama penyediaan tapak sudah selesai. To recap Fasa pertama adalah seperti berikut;
1- Membersihkan tapak projek daripada semua jenis tumbuhan dengan mengunakan JCB/Tractor.
2- Meracun rumput bagi memastikan tapak bersih daripada rumput
3- Penyediaan pagar kawasan
4- Menggali kolam takungan air sebagai sumber air alternatif
5- Membajak tanah bagi mengemburkan struktur tanah

Fasa kedua boleh dirumuskan seperti berikut;
1- Menyediakan sistem siraman anak benih
2- Menanda baris
3- Menanam anak benih
4- Menjadualkan penyiraman dan penjagaan anak benih

Anak benih diwajibkan disiram pada setiap hari selama 7 hari selepas proses penanaman selesai. Cara siraman bergantung kepada resources yang penanam ada. sebagai contoh, menggunakan air sungai atau kolam takungan sekiranya tapak projek mempunyai resources ini. Penanam hanya memerlukan water pump dan paip yang disambungkan sistem sprinkle. Penggunaan cara ini akan menggurangkan penggunaan tenaga buruh dan kos. sekiranya tapak projek mempunyai akses kepada Paip Jabatan Bekalan Air, boleh menggunakan air yang dibekalkan tetapi ia akan meninggikan kos permulaan kerana kos sambungan yang terpaksa ditanggung. Cara ini juga akan memberikan kelebihan jangka panjang kerana kos operasi yang murah dan tidak perlu bergantung kepada cuaca.

Menanda baris amat penting bagi memastikan semua anak benih mempunyai akses kepada sinaran matahari yang maksimum. Baris hendaklah selari dengan arah matahari naik dengan jarak antara baris ialah 4 kaki luas. Manakala jarak antara anak benih ialah 3 kaki bagi memastikan penggunaan keluasan tanah yang maksimum.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli