Definasi Kontrak farming

Contract Farming boleh didefinasikan sebagai perjanjian di antara Peladang dan Syarikat yang memberi kontrak untuk pengeluaran dan pembekalan produk pertanian di bawah persetujuan awal selalunya harga yang telah ditetapkan. Asas perjanjian ialah komitmen peladang untuk menyediakan spesifik komoditi dalam kuantiti dan standard kualiti yang telah ditetapkan oleh syarikat pembeli. Manakala komitmen Syarikat Pembeli adalah untuk menyediakan khidmat sokong kepada peladang dan membeli komoditi tersebut.

Kontrak boleh dibuat untuk ;
1. Kontrak Bantuan Pasaran adalah Perjanjian Pre-tuaian di antara peladang dan Syarikat yang menetapkan cara penjualan dan pembelian hasil pertanian. Kebiasaannya ia akan menetapkan harga dan kualiti.
2. Kontrak Bantuan Sumber adalah perjanjian di antara peladang dan syarikat, yang mana syarikat akan membekalkan input tertentu seperti benih, baja, mesin atau bantuan teknikal, kredit dan sebagainya.
3. Kontrak Pengurusan Pengeluaran adalah perjanjian yang mengikat peladang untuk mematuhi sebarang peraturan yang ditetapkan untuk menghasilkan dan menuai hasil pertanian.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli