Posts

Showing posts from July, 2008

Pokok Anggur

Projek Serai masih belum bolh diteruskan untuk faa seteusnya kerana anak benih masih belum dapat. kami dijanjikan anak benih yang ditemah untuk satu ekar akan sampai pada awal bulan August. Untuk sementara waktu, kami siapkan tapak projek dengan membuat pancang2 baris anak benih dan merapikan struktur pagar. Ini kerana masih terdapat tapak2 kaki haiwan dalam tapak projek dan ini bermakna pagar yang dipasang telah bolos. macam rancangan BOLOS! jer kat TV astro bila aku tengok pagar aku yang robek disondol BABI.... Saya sebenarnya sudah lama berangan nak tanam pokok anggur dan sudah agak bertahun jugak mencari anak benihnya. Tetapi semasa menghantar anak bongsu kat rumah sepupu di Sungai Isap, tetiba aku diberitahu Pokok Anggur tur ader kat tepi pagar umah dia. sudah bertahun pokok anggur tu kat situ... aku pong dah beberapi kali gi umah dia tapi tak perasan plak kewujudan pokon tur... so bila aku beritahu hasrat aku nak tanam pokok ner dan dah bertahun carik anak benih, dia pun berilah

Potensi serai dikomersialkan

sumber Utusan Online 23hb Julai 2008. BACHOK - Serai, tanaman yang kebiasaannya ditanam di pinggir rumah dan sering digunakan sebagai bahan perencah bagi menambahkan aroma dan keenakan masakan. Namun, tidak semua yang mengetahui serai juga berpotensi dikomersialkan secara besar-besaran dan boleh meraih pendapatan lumayan daripada hasil hilirannya. Tumbuhan yang dikatakan paling mudah penjagaannya, paling murah kos penanamannya serta paling kurang musuh perosak ini mula mendapat pasaran meluas dan kepelbagaian kegunaan industri di dalam dan luar negara. Dengan nilai semakin tinggi dan permintaan kian melonjak, ia terus berkembang dengan kaedah penanaman secara perladangan termasuk di Kelantan. Ia lebih terarah kepada pasaran eksport terutamanya bagi bekalan industri aroma terapi kerana ekstraknya dianggap setaraf dengan gaharu. Bio Daun Plantation Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera tempatan menyedari potensi besar ini dengan mengorak langkah ke arah pengeluaran secara komersial. Mala

Surat Kontrak Tanaman Serai

Image
Surat Perjanjian Kontrak Tanaman Serai

Fasa Kedua Proses Penanaman

Image
Sekarang Projek sudah masuk fasa kedua iaitu persediaan tapak sebelum anak benih dibawa masuk dan ditanam. Fasa Pertama penyediaan tapak sudah selesai. To recap Fasa pertama adalah seperti berikut; 1- Membersihkan tapak projek daripada semua jenis tumbuhan dengan mengunakan JCB/Tractor. 2- Meracun rumput bagi memastikan tapak bersih daripada rumput 3- Penyediaan pagar kawasan 4- Menggali kolam takungan air sebagai sumber air alternatif 5- Membajak tanah bagi mengemburkan struktur tanah Fasa kedua boleh dirumuskan seperti berikut; 1- Menyediakan sistem siraman anak benih 2- Menanda baris 3- Menanam anak benih 4- Menjadualkan penyiraman dan penjagaan anak benih Anak benih diwajibkan disiram pada setiap hari selama 7 hari selepas proses penanaman selesai. Cara siraman bergantung kepada resources yang penanam ada. sebagai contoh, menggunakan air sungai atau kolam takungan sekiranya tapak projek mempunyai resources ini. Penanam hanya memerlukan water pump dan paip yang disambungkan sistem s

Syarikat Kontrak

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidamatan Kontrak Farming Tanaman Serai di malaysia ini. Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini adalah : 1 Rumpun Biotek Sdn Bhd No 5, Jalan PJU 10/6 Desa Riang, Damansara Damai 47830 Petaling Jaya (di kawasan Pantai Barat) http://www.rumpunbiotek.com.my 03-6140 6557 2 Moja Ventures Sdn Bhd No. 2233, Taman Kastam Geliga, Geliga Besar 24000 Kemaman (di Kawasan Pantai Timur) 09-8681650 Walaubagaimanapun, pemilihan syarikat hendaklah dilakukan secara teliti spt berikut; 1 Prestasi Syarikat - Seharusnya syarikat berpotensi untuk menjalankan segala urusan perniagaan dengan cekap dan pantas. mempunyai segala sumber yang mencukupi spt kewangan, material, kepakaran dan sebagainya. 2 Lokasi syarikat - seboleh-bolehnya dekat bagi memudahkan segala urusan penghantaran input baja & benih, pembelian hasil, pemantauan aktiviti, pengkongsian kepakaran dan sebagainya. 3 Harga Belian - Syarikat yan

Definasi Kontrak farming

Contract Farming boleh didefinasikan sebagai perjanjian di antara Peladang dan Syarikat yang memberi kontrak untuk pengeluaran dan pembekalan produk pertanian di bawah persetujuan awal selalunya harga yang telah ditetapkan. Asas perjanjian ialah komitmen peladang untuk menyediakan spesifik komoditi dalam kuantiti dan standard kualiti yang telah ditetapkan oleh syarikat pembeli. Manakala komitmen Syarikat Pembeli adalah untuk menyediakan khidmat sokong kepada peladang dan membeli komoditi tersebut. Kontrak boleh dibuat untuk ; 1. Kontrak Bantuan Pasaran adalah Perjanjian Pre-tuaian di antara peladang dan Syarikat yang menetapkan cara penjualan dan pembelian hasil pertanian. Kebiasaannya ia akan menetapkan harga dan kualiti. 2. Kontrak Bantuan Sumber adalah perjanjian di antara peladang dan syarikat, yang mana syarikat akan membekalkan input tertentu seperti benih, baja, mesin atau bantuan teknikal, kredit dan sebagainya. 3. Kontrak Pengurusan Pengeluaran adalah perjanjian yang mengikat