Posts

Showing posts from April, 2008

Penyediaan Tanah

Image
Sebelum memulakan proses penanaman anak benih, penyediaan tanah harus dilakukan terlebih dahulu. Proses penyediaan tapak projek boleh dilaksanakan seperti berikut; 1- Tanah haruslah dibersihkan terlebih dahulu. Sekiranya tapak projek dipenuhi dengan belukar, ianya hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Proses pembersihan boleh dilakukan dengan menggunakan JCB yang disewa. Kos penyewaan JCB untuk tempoh sehari adalah dalam lingkungan RM300. Jangkamasa penyewaan adalah bergantung kepada keluasan tanah, kesukaran struktur lokasi tanah sama ada landai, berbukit atau berpaya serta kepadatan belukar. 2-Semburan Racun Rumpai Selepas tanah dibersihkan, adalah disarankan tanah tersebut disembur dengan racun rumpai bagi proses pengawalan rumpai di kemudian hari. ianya diperlukan bagi mengurangkan kos pengawalan rumpai setelah projek dilaksanakan. Sekiranya tanah hanya dipenuhi dengan lalang atau belukar kecil, disarankan agar tanah dibersihkan dengan menggunakan racun rumpai sahaja dan tidak pe

Pokok Serai

Image
Sebelum kita memulakan cerita mengenai Projek Tanaman Serai ini, lebih baik sekiranya anda tahu mengenai Pokok Serai itu sendiri. Serai adalah sejenis tanaman rumput yang mempunyai aroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Penggunaan tanaman ini lebih tertumpu dalam bidang masakan tradisional di mana hanya batangnya sahaja yang digunakan. Terdapat melebihi 50 spesies serai atau nama saintifiknya Cymbopogon. Spesies Serai 1-Cymbopogon Ambiguus – Rumput berbau lemon Australia (pokok asli Australia) 2-Cymbopogon Bombycinus – Rumput Minyak Sutera (pokok asli Australia) 3-Cymbopogon Citratus – Rumput Lemon 4-Cymbopogon Citriodora – Rumput Lemon India Barat 5-Cymbopogon Flexuosus – Rumput Lemon India Timur 6-Cymbopogon Martini 7-Cymbopogon Nardus – Rumput Citronella 8-Cymbopogon Obtectus – Rumput biji sutera (pokok asli Australia) 9-Cymbopogon Procerus – (pokok asli Australia) 10-Cymbopogon Schoenanthus Botani Tanaman Pokok : Serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi. Ia

Projek Tanaman Serai

Image
Golden Agro Resources sedang menjalankan Projek Penanaman Pokok Serai secara kontrak ditanah berkeluasan 6 ekar di Kg Jabor Kuantan. Buat masa sekarang syarikat sudah menandatangani kontrak dengan pembeli untuk tempoh 3 tahun. Walaupun perjanjian untuk 6 ekar, tetapi sebagai permulaan, kami bercadang untuk menjalankan kerja-kerja penanaman untuk 1 ekar sahaja. langkah permulaan ini amat penting kerana kami masih baru dan belum cukup mempunyai pengalaman dalam menguruskan projek yang besar. ini gambar hiasan sahaja. Diambil daripada projek serai Rakan di Kg. Sg. Ular, Kuantan.